PENDAHULUAN |
Gerakerja kokurikulum adalah sangat penting bagi setiap orang
pelajar. Penglibatan yang teratur dan penuh kesungguhan semua pihak dapat memberi kesan yang positif ke arah pembentukan nilai
murni kepada setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung boleh membantu pelajar menyediakan diri untuk
menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. |
FALSAFAH |
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat Kebangsaan, Negeri,
Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang
dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing Puteri-puteri ke arah penyuburan
dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan
diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan
ajaran Islam. |
OBJEKTIF
KHAS |
OBJEKTIF
AM |
BADAN BERUNIFORM
( PPIM )
- Melibatkan ramai
pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.
- Memperlengkapkan
peralatan Badan Beruniform.
- Memastikan semua
perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.
- Mengadakan aktiviti
yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan murid.
- Mendedahkan murid dengan
banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.
|
BADAN BERUNIFORM
( PPIM )
- Mengalakkan lebih
ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga bidang kokurikulum.
- Menanam semangat bertanggungjawab
terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.
|
PERANAN |
1. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN). 2. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan. 3. Memberi
pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat. 4. Mengukuh dan mengayakan
pengalaman yang telah didapati di dalam kelas. 5. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan
kemahiran murid di dalam bidang-bidang tertentu. 6. Melatih
pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping membina
kesihatan dan kesejahteraan diri. 7. Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat
kerja-kerja khidmat masyarakat. 8. Menyediakan
peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah. |
MATLAMAT |
1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi
dan jasmani dengan perkembangan sosial melalui penyemaian, penyuburan, pengukuhan dan penghayatan
pengetahuan Islam. 2. Merealisasikan Islam dalam Amalan hidup seharian. |
Back
|