Koleksi Gambar Yang Ada Di SK Kolapis

Keterangan Lencana

Gambar Statik Dan Slaid

LENCANA PUTERI
Oleh kerana PPIM sekolah rendah diwujudkan kemudian daripada kewujudan PPIM di sekolah menengah, maka pengubahsuaian nama dan heirarki Lencana Tahap PPIM perlu diadakan seperti berikut:
1.                       Lencana PUTERI
 1.1
 Lencana PUTERI bertanah warna merah samar atau merah jambu.
1.2
Semua ahli, sama ada Ahli beruniform, Ahli Tidak Beruniform dan Tenaga  Pembantu haruslah sama-sama memakai lencana PUTERI sebagai tanda telah  menjadi ahli PPIM.
1.3
Rupa bentuk dan susunan warna Lencana PUTERI ini tidak boleh diubah-ubah  pada sebilang masa; ianya kekal seperti yang ada di dalam Buku  Perlembagaan.
2.  Lencana Pencapaian
   Tiap-tiap ahli puteri mestilah mengikut aktiviti-aktiviti berdasarkan tahap  kurikulum persekolahan (rendah dan menengah), Institut dan Maktab  Perguruan, Institut Pengajian Tinggi lain termasuk Kolej Swasta serta  kurikulum  pemimpin.

       

 

-------------------------------------------------------------------------

LENCANA PUTERI
PUTERI BONGSU

    Lencana ini diperolehi setelah ahli puteri lulus ujian tahap sekolah rendah berdasarkan
    soalan-soalan yang telah ditetapkan di dalam kurikulumnya.

    Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlu     menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak beserta soalan-soalan ujian dan markah-markah     yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu     salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.

Puteri Bongsu PPIM (Sekolah Rendah)

1. Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Sejarah Penubuhan PPIM
   1.2 Struktur organisasi PPIM peringkat sekolah
   1.3 Senarai tugas dan bidang jawatankuasa PPIK sekolah
   1.4 Mengetahui, menganalisis, menghayati dan menghafal
   1.5 Pakaian Seragam
   1.6 Lencana PPIM
   1.7 Bendera
   1.8 Asas Kawad Kaki
   1.9 Tatacara Perjumpaan

2. Pendidikan Rohani
   2.1 Mengetahui Sejarah Islam
   2.2 Taharah/Bersuci
   2.3 Solat Fardu dan hikmatnya

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
   3.1 Ciri-ciri Kesihatan diri
   3.2 Rohani
   3.3 Keceriaan Alam Sekitar
   3.4 Penyakit Berjangkit

4. Keluarga dan Masyarakat
   4.1 Bentuk-bentuk dan jenis-jenis Perhubungan dalam masyarakat
   4.2 Menghargai dan menyayangi dengan baik barang-barang dalam jagaan
   4.3 Kemudahan Awam

5. Pendidikan Rumah Tangga
   5.1 Mengetahui jenis-jenis Jahitan Asas
   5.2 Penjagaan
   5.3 Kraftangan
   5.4 Masakan

6. Rekreasi dan Riadah
   6.1 Permainan
   6.2 Seni Suara
   6.3 Seni Lukis - Tulis/Kaligrafi/Khat

7. Pertolongan Cemas - Memahami Tentang Kecederaan dan Rawatan
   7.1 Kecederaan
   7.2 Alat dan bahan merbahaya
   7.3 Anduh dan Balutan
   7.4 Kotak Pertolongan Cemas

8. Aktiviti Luar
    8.1 Mengadakan aktiviti luar dengan tujuan mengenal alam semulajadi

9. Perkhemahan atau Perkampungan
   9.1 Mengetahui asas ikatan
   9.2 Melaksana perkampungan dalam kawasan sekolah selama satu hari - pagi hingga petang.

 PUTERI BONGSU CEMERLANG

     Anugerah peringkat tertinggi ini diberi kepada ahli-ahli yang telah mendapat sijil tahap Puteri      Bongsu. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada di tahun ke 6 persekolahan      ataupun di tahun ke 3 dalam Pergerakan, berdasarkan kriteria seperti berikut:

     a)    telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu)
     b)    cemerlang dalam bidang akademik
     c)    mempunyai ciri-ciri kepimpinan
     d)    berakhlak mulia
     e)    berwibawa dan bertanggungjawab
     f)     berwawasan
     g)    penampilan syakhsiyyah yang terpuji
     h)    bertoleransi dan bekerjasama
     i)     kreatif dan inovatif

    Penyampaian Lencana dan Sijil pencapaian tahap tertinggi di sekolah rendah yang dikeluarkan     oleh Ibu Pejabat PPIM kepada ahlinya ini hendaklah dibuat pada hari-hari kebesaran sekolah,     seperti Hari Ibu Bapa, Hari Penyampaian Hadiah sekolah, Hari Puteri peringkat Daerah atau     Negeri.
    
                             
 Contoh Lencana                                  Contoh Sijil
 

------------------------------------------------------------------------

Panduan Kurikulum
    PUTERI KECIL

   Lencana ini diperolehi oleh ahli setelah lulus ujian tahap pertama di sekolah menengah    berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum    tahapnya.

   Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlulah    menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak menerimanya berserta soalan-soalan ujian dan    markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk    tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.

Puteri Kecil PPIM (Sekolah Menengah)

1. Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Pengenalan PPIM
   1.2 Mengetahui, menghafaz, menganalisa dan menghayati
   1.3 Bendera
   1.4 Nyanyian
   1.5 Asas Kawad Kaki

2. Pendidikan Rohaniah - Membicara secara kritis
    2.1 Iman
    2.2 Pembentukan Peribadi Muslim
    2.3 Etika Hidup Islam

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
    3.1 Bersuci

4. Keluarga dan Masyarakat
    4.1 Konsep Keluarga dalam Islam
    4.2 Adap pergaulan dalam keluarga
    4.3 Kejiranan

5. Pendidikan Rumah Tangga
    5.1 Kraftangan - Menguasai Teori dan praktik
    5.2 Jahitan
    5.3 Seni Penampilan Diri

6. Rekreasi dan Riadah
    6.1 Menguasai Permainan Luar
    6.2 Permainan Dalam
    6.3 Permainan Rakyat/Tradisi
    6.4 Riadah
    6.5 Seni Suara : Menguasai lagu-lagu

7. Pertolongan Cemas :
   7.1 Mengetahui tentang kemalangan di rumah yang berpunca dari kelalaian
   7.2 Cara rawatan kemalangan di rumah/di luar rumah

8. Aktiviti Luar
8.1 Khemah Ibadat dalam kawasan Sekolah/Qiyam al-Layl
8.2 Kerja-kerja kebajikan dengan bimbingan Guru Pemimpin PPIM Sekolah

9. Perkhemahan/Perkampungan
9.1 Pengetahuan dan kemahiran asas
9.2 Berkhemah sehari semalam (bermalam di khemah/ berkampung dalam khemah)
 

------------------------------------------------------------------------

Panduan Kurikulum
PUTERI TENGAH

  Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telahpun mempunyai Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan      telah lulus ujian tahap kedua di sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah   ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum tahapnya.

  Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini guru pemimpin perlulah   menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan ujian dan markah-markah yang   diperolehi mereka kepada Ibu  Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan   diberi kepada PN sebagai rekod.

Puteri Tengah PPIM (Sekolah Menengah)

1. Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Bendera
   1.2 Catatan/Rekod
   1.3 Mesyuarat : Tahu dan pasti
   1.4 Pengurusan

2. Pendidikan Rohani
   2.1 Menghayati Konsep Iman
   2.2 Adab mengurus orang sakit dan jenazah secara teori dan praktik
   2.3 Perayaan Hari Kebesaran Islam

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
   3.1 Penyakit Berjangkit
   3.2 Penyakit Merbahaya
   3.3 Penagihan

4. Keluarga dan Masyarakat kanak-kanak
   4.1 Keluarga Bahagia
   4.2 Mengetahui Hak Asasi Kanak-Kanak
   4.3 Mengetahui jenis-jenis penganiayaan dan deraan
   4.4 Menjalankan Khidmat Bakti

5. Pendidikan Rumah Tangga
   5.1 Teori dan praktik masakan dan cara-cara menyediakan, menghidang makanan
   5.2 Mendobi
   5.3 Kraftangan,
   5.4 Jahitan
   5.5 Seni Penampilan Diri

6. Rekreasi dan Riadah
   6.1 Senaman
   6.2 Permainan
   6.3 Seni Bunyi
   6.4 Seni Lukis - Tulis/Kaligrafi

7. Pertolongan Cemas : Boleh dan mampu memberi pertolongan kecemasan

8. Aktiviti Luar
8.1 Boleh Mengurus Lawatan
8.2 Mengendali dan mengambil bahagian dalam khemah ibadat & Qiyam al-Layl

9. Perkampungan
 

------------------------------------------------------------------------

LENCANA PUTERI
PUTERI SULONG CEMERLANG

   Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mendapat Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan    Puteri Tengah, dan telah lulus ujian tahap ketiga, iaitu tahap terakhir,  di dalam kurikulum    sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ada di dalam kurikulum tahapnya.

  Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian tahap ini, guru pemimpin perlulah   menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan-soalan ujian dan markah-markah   yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu   salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

  Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap tertinggi diberi   kepada Ahli PUTERI oleh Ibu Pejabat PPIM dengan cadangan dari pimpinan sekolah semasa ahli   berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:

    a)    telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah
    b)    cemerlang di dalam bidang akademik
    c)    mempunyai ciri-ciri kepimpinan
    d)    berakhlak mulia
    e)    berwibawa dan bertanggungjawab
     f)    berwawasan
    g)    penampilan syakhsiyyah yang terpuji
    h)    bertoleransi dan bekerjasama
    i)     Kreatif dan inovatif

    Penganugerahan Lencana dan Sijil Puteri Sulung Cemerlang ini hendaklah disampaikan kepada    Ahli PUTERI yang layak tersebut pada Hari-hari Penyampaian Hadiah Sekolah, atau pada Hari    Ibu Bapa, atau Hari Puteri Daerah dan Negeri.

Puteri Sulong PPIM (Sekolah Menengah)

1. Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Cara-cara membuat surat Rasmi
   1.2 Menguasai Simulasi Mesyuarat
   1.3 Protokol dalam Mesyuarat Rasmi

2. Pendidikan Rohaniah
    2.1 Munakahat
    2.2 Mengetahui cerita-cerita Tentang Wanita Solehah
    2.3 Mengetahui amalan-amalan yang harus dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bakal ayah          semasa anak masih dalam kandungan
    2.4 Mengetahui Cara-cara Menyambut kelahiran bayi

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
    3.1 Sakit Puan
    3.2 Aids

4. Keluarga dan Masyarakat
    4.1 Pergaulan
    4.2 Kebajikan : Menyusun dan Melaksanakan program-program

5. Pendidikan Rumah Tangga
    5.1 Masakan
    5.2 Tahu Cara-cara Pengawetan Makanan dijalankan
    5.3 Gubahan
    5.4 Jahitan
    5.5 Seni keibuan
    5.6 Seni Penampilan Diri

6. Rekreasi dan Riadah : Lanjutan dari aktiviti untuk Puteri Tengah
    6.1 Senaman
    6.2 Permainan
    6.3 Seni Suara
    6.4 Seni Lukis - Tulis/Khat

7. Pertolongan Cemas : Boleh dan mampu memberi pertolongan kecemasan
    7.1 Pemulihan pernafasan
    7.2 Tahu Teknik-teknik Membantu Kelahiran kecemasan
    7.3 Bersalin

8. Aktiviti Luar
    8.1 Lawatan keilmuan/penghayatan

9. Perkhemahan/Perkampungan


                    
Contoh Lencana                                 Contoh Sijil

 

Back

Our School * Any Street * Anytown * US * 01234