Make your own free website on Tripod.com

Koleksi Gambar Yang Ada Di SK Kolapis

Pendahuluan Puteri

Gambar Statik Dan Slaid

banppim.gif

PENDAHULUAN
 Gerakerja kokurikulum adalah sangat penting bagi setiap orang pelajar. Penglibatan yang teratur dan penuh kesungguhan semua pihak dapat memberi kesan yang positif ke arah pembentukan nilai murni kepada setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung boleh membantu pelajar menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.
FALSAFAH
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing Puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
OBJEKTIF KHAS

OBJEKTIF AM

BADAN BERUNIFORM ( PPIM )

  1. Melibatkan ramai pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.
  2. Memperlengkapkan peralatan Badan Beruniform.
  3. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.
  4. Mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan murid.
  5. Mendedahkan murid dengan banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.

BADAN BERUNIFORM ( PPIM )
 

  1. Mengalakkan lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga bidang kokurikulum.
  2. Menanam semangat bertanggungjawab terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.
PERANAN
1.     Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah         Pendidikan Negara (FPN).
2.     Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
3.     Memberi pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat.
4.     Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang telah didapati di dalam kelas.
5.     Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid di dalam bidang-bidang
        tertentu.
6.     Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping         membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
7.     Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat kerja-kerja khidmat         masyarakat.
8.     Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.
MATLAMAT
1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi dan jasmani dengan perkembangan     sosial melalui penyemaian, penyuburan, pengukuhan dan penghayatan pengetahuan Islam.
2. Merealisasikan Islam dalam Amalan hidup seharian.

Back

We encourage parent involvement in all school activities!